Sunday, December 14, 2008

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


5 maut nahas dua kereta



kereta Proton Wira milik Allahyarham Mohamad Najib Zainol yang remuk teruk setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Lima termasuk seorang pegawai kanan polis maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Syed Putra di sini awal pagi ini.

Mangsa, Asisten Supritendan Mohamad Najib Zainol, 51, yang merupakan pensyarah undang- undang di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) meninggal dunia di tempat kejadian. Empat lagi cedera dalam kemalangan itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, kereta Proton Wira warna kelabu yang dipandu Mohamad Najib menghala ke ibu negara, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah jalan.

Kereta tersebut kemudiannya dirempuh pula oleh sebuah Proton Wira berwarna putih yang dinaiki enam orang yang datang dari arah bertentangan menuju ke Lebuh Raya Persekutuan.

Kemalangan itu menyebabkan Mohamad Najib serta dua kenalannya, Abd. Razak Abu Bakar, 39, dan seorang wanita warga asing, Malangpueng Miss Kwaukew, 33, meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa terbunuh yang menaiki kereta Proton Wira warna putih ialah S. Puspamurali, 25, dan G. Ganapathy, 26.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala empat lagi yang cedera dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu dan siasatan sedang dijalankan.

"Siasatan awal kami mendapati kereta yang dipandu Mohama Najib gagal dikawal dan terbabas ke seberang jalan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta yang datang dari arah bertentangan," katanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi bangunan Jabatan Forensik HKL apabila ahli keluarga dan rakan hadir untuk menuntut mayat mangsa.

Menurut anak ketiga Allahyarham Mohamad Najib, Nazrul, 25, hasrat bapanya untuk membuka kedai makan selepas bersara tidak kesampaian ekoran kejadian itu.

Katanya, Allahyarham yang mempunyai masalah jantung, ada mengadu sakit dada sebelum keluar rumah pada pukul 10.50 malam untuk minum dengan kawannya.

"Sejak seminggu kebelakangan ini, firasat saya memberitahu seolah-olah sesuatu buruk akan berlaku kerana tidak dapat tidur lena dan sering berasa gelisah.

"Tidak sangka itulah petanda bapa meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya.

Allahyarham yang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1976, meninggalkan seorang balu, Norhayati Hamdin, 51 serta tujuh anak berusia di antara 11 hingga 32 tahun.

Bapa saudara kepada S. Puspamurali pula memberitahu, malang buat anak saudaranya itu kerana dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Januari depan.

"Ibunya dalam keriangan telah mula menghantar kad jemputan kepada sanak-saudara dan rakan-rakan.

"Berita ini amat menyedihkan ibunya kerana dialah satu-satunya anak malah bapanya pula meninggal dunia tahun lalu," katanya.


MARI LA KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM MOHAMAD NAJIB BIN ZAINOL . TAKZIAH JUGA BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM YG BERADA DI KEDAH & PENANG.SEMOGA ROH NYA DI CUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 YG BERIMAN DAN SOLEH...AMINNN.....

SALAM...
SEBENARNYER...ALLAHYARHAM NI ADALAH SEPUPU AKU YG BERASAL DARI SUNGAI PETANI,KEDAH..MASE AKU DAPAT TAU PASAL KEMALANGAN NI..TERKEJUT SANGAT!!X SANGKA..KAMI MEMANG TAU ARWAH ADE PENYAKIT JANTUNG YG AGAK SERIUS..TAPI X SANGKA ARWAH PERGI SECEPAT INI...

BARU LAGI AWAL TAHUN LEPAS KAMI BALIK KAMPUNG..ADE MAJLIS PERKHAWINAN ANAK PEREMPUAN ARWAH..FAMILY KAMI MMG RAPAT LA DENGAN ARWAH....DI SINI KAMI SEKELUARGA SEDEKAH KAN AL-FATIHAH KEPADA ARWAH...SEMOGA ROH DI CUCURI RAHMAT....AMINNN..

9 comments:

ღ Marisa Mardhia Online Shop ღ said...

al-fatihah buat arwah...
semoga roh nya ditempatkan insan yg dilindungi Allah S.W.T, amin...

nasz said...

al-fatihah... semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba Allah yang soleh, amiiinnn...

Mizz_Ila said...

al-fatihah..

ZiE said...

Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin!!

A.I said...

Al-fatihah..
Takziah utk family kau sya..

Unknown said...

ALfatihah ye buat Arwah..

♥ Eda ♥ said...

takziah buat korang sekeluarga...

Anonymous said...

al-fatihah...salam takziah buat keluarga mangsa n k.sya..semoga rohnya di tempatkan dikanlangan org yang beriman..

Unknown said...

Arwah ini ayah saya. Saya anak bongsu arwah yg skrg menetap di Puncak Alam.

Siti Nur Shuhada Binti Mohamad Najib, 16. 😊 AL-FATIHAH