Thursday, July 29, 2010

HASIL CEK UP SMALAM


Salam.
Semalam aku gi cek up..baru 2 minggu lepas pegi..smalam kena pegi lagi..maklum la..dah trimester 3 ni..kena la 2minggu sekali..uhuk2..mcm biase..perkara yg paling aku takuti..KENAIKAN BERAT BADAN!!!

tapi tanpa di duga..berat aku smalam turun 0.5kg!!!OMG..X PERCAYA!!WHAKAKKA..adakah sebab aku blum mkn tghari lagi mase timbang tu??hurm..posibble jugak..2 minggu lepas bukan main..naik smp 2.5kg..huhuhu..tapi nurse kate naik 2kg tu normal..

smp2 umah mil aku, cite la kat dia..dia ckp.."slalu kalau berat turun akhir2 ni..dah nak banak tu" aku dlm ati .."ha????yeke..xkan kot..lambat lagi edd aku..tapi aku pun dpt rase la..mcm aku banak awal je..huhuh..awal2 gak la..tapi jgn la bulan pose..lepaskan la raya dulu..uhuk2..ni la hasil nyer smalam...

korang nampak x penurunan sebanyak 0.5kg dlm mase 2 minggu..whakkaka


mak yong

Tuesday, July 27, 2010

Dah ready ke aku ni??


dulu bertiga..insyaallah 2 bulan lagi berempat pulak..ahaks :)

Salam...konon2 budget nak rajin2 la balik update blog..kahhh..mmg rase byk nak cite kat sini..tapi tahap kemalasan / kerajinan aku x mengizinkan..nape eh?makin dah tambah anak..makin malas lak ha..rindu nak rajin2 update blog ni..bile boring2,leh bace balik..hehehe..

Alhamdulillah..skrg ni,aku dah masuk 31minggu pregnant..hurm,tinggal 9 minggu atau pun 2 bulan lebih kurang utk aku melahirkan zuriat ke-2 kami :)

Sepanjang aku mengandung kali ke-2 ni..mmg MALAS sesadoo..boleh di katakan 60% malas..40% rajin(tgk pada keadaan la..)beras kat umah pun smp berkutu2 akibat KERAJINAN aku..whakkaka..smp laki aku pun complaint..tapi bukan aku buat2 malas,dah mmg kudrat nak rajin tu non ado..huhuhu..ni la di katakan simptom2 org peknen..kadang rajin sgt..kadang malas nak mampos..kahhhhh

Mase kandungan aku 6 bulan dulu...aku ade scan,sempat la tanyer doktor tu.."doctor,can u see the gender?"pastu..doc tu pusing2 alat scan tu..sambil dia ckp "let me see 1st ya.." hurm..aku pun tgu la dgn tenang..zul dgn dina dok belakang doktor.skali aku dgr doc tu ckp (sambil tgn dia tunjuk kat screen)walaupun sepatah haram aku x nampak ape kat screen tu(maklum la 2d je..hehe) doc ckp "hurm..i can see HER VIGINA there.."uhuk...uhuk...down gakk bile doc ckp gitu..tapi ape2 pun..mood aku kembali ceria bile tgk muke laki ngan anak aku kat blakang tu..aku tau,laki aku x kisah laki ke pempuan..tapi yela..kite kan manusia..mesti la ade keinginan berbeza2 kan..:)

so,insyaallah..23september 2010 edd aku..aku bakal melahirkan 1 lagi puteri (ade geng la ko ye dina!!!) suke la ayah korang..anak2 dara gesel2 kat ayah..kahhhhh...mak ko ni tau jerit2 je la nanti kalau korang bergaduh!!siap!!!hehehe..

Ape2 pun aku sentiasa berdoa diberikan kesihatan yg baik sepanjang kehamilan(walaupun x bape baik)..moga2, selamat la aku smp tarikh bersalin nanti..Amin..Dan semoga aku mudah bersalin mcmane aku bersalinkan anak sulung aku dulu..Nur Syaza Irdina...:)

Skrg dah 31weeks,bersamaan 7 bulan+ kan..ikutkan..anytime aku leh bersalin kalau ade komplikasi / ape2 masalah dgn kandungan la..kalau x,just ikut edd la kan..di kesempatan ini..aku nak mintak maaf la kat kawan2 blog/fb/saudara mara/sape2 je la yg penah baca or pernah terbaca blog aku, kalau2 aku pernah terperli ke..terkasar bahasa ke..harap di maafkan la yer..korang doa2kan moga2 kali ni aku di permudahkan bersalin..AMIN .... :)

Dgn ini..aku dah ready utk menerima cahaya mata ke-2 !!!!!ahakssss

Mak yong,

Monday, July 19, 2010

30 MINGGU SUDAHHH...

Perkembangan bayi pada Minggu ke-29 hingga minggu ke 40

Saje nak share kat sini info ni..skrg ni kandungan aku dah masuk minggu ke 30..adeh..adeh..pewot makin besooo.badan makin bulattt..kahhh..harap2 semua nyer selamat la smp la bersalin..insyaallah..korang semua doakan aku slamat melahirkan zuriat ke 2 aku ni yer :)

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.










Your Name

Wednesday, July 14, 2010

Parenting event@klgcc

Salam semua..bersua lagi setahun sekali..whkakaka..skrg aku dah 29weeks peknen..going to 30weeks minggu depan..so far,xde la alahan yg teruk..selain dari pening2,mabuk2,muntah2 biase tu ade la..skrg bb aku kuat sgt menendang..mentang2 la baru lepas world cup..ahaksss..dia pun ikut tendang..tapi ari tu scan..doc ckp..maybe girl jugakkkkkk..huaaaa..meriah la umah aku kan??dgn pekikan anak2 dara..sore laki aku tenggelam je la lepas ni..hahaha..

Ni nak share skit,11hb July ari tu, aku ade joint parenting event by pitter patter kat klgcc..mcm2 la aktiviti ade..kelas antenatal,bfeeding,booth2 jual brg2 baby..actually ni 1st time aku joint event2 mcm ni..sonok gak kan??time anak 1st dulu..harammm x penah berminat nak joint2 menda2 gini..hehee..secara x langsung,aku menjadi volunteer model utk memperaga baju maternity dari sponsor..hehehe..verangan jadi model skali skale x salah kan??bukan competition..just for fun..jgn anak aku kuar esok, kuat melaram udah!!!!dah,jom layan gambar...:)














momi,