Saturday, October 6, 2012

AL-FATIHAH, SEMOGA TENANG DI SANA..

AL-FATIHAH..
BUAT ARWAH EMAK TERCINTA, YG TIADA TOLOK BANDING DAN TIADA PENGGANTI..HANYA EMAK LA EMAK KAMI SEMUA..... :(

Assalamualaikum ..

27hb September 2012 + Khamis + 430petang
Tarikh, hari dan waktu yg akan aku ingat sampai bila2 dan x mungkin sesaat pun aku lupekan detik2 berharga itu... seminggu dah berlalu...masa x pernah tunggu kita..tapi kita la yg kena mengejar masa..Pesan aku, hargai la masa2 yg kita ada selagi hayat dikandung badan..berjasa la pada kedua org tua dan org sekeliling kita...

Perginya emak yg kami cinta, yg kami sanjung, dlm usia arwah 55 tahun..pada yg mengikuti entry aku sblm ni..pasti dah tau ape penyebab emak meninggal dunia...pada yg masih tertanya2..xpela..nanti aku cite selanjutnya...hanya nak nyatakan di sini...selama 1 minggu pemergian emak..hari ini la hari yg sedikit sebanyak aku di beri kekuatan utk bercerita dan meluahkan apa yg selama ini tersimpan dlm hati aku..

Walaupun emak dah tiada di dunia yg fana ni...tapi hati aku ni slalu rase yg emak ada je di sekeliling aku..aku pun x tau la kenapa??ada yg ckp..mungkin sbb aku redha dgn kehilangan dia..dan aku dah bersedia ape juga kemungkinan dan keputusan...maybe betul jugak..kita ni org islam..ada pegangan agama..kita berpegang pada rukun iman..aku percaya kepada qada dan qadar dan takdir yg Allah tentukan buat umat nya...sememang nya, kita kena redha ape pun yg menimpa kita..anggap tu semua ujian buat kita yg masih hidup ni...

Emak meninggal pada hari dan waktu yg sangat mulia...sangat tenang...petang khamis..sejurus lepas azan asar...alhamdulillahh...

7 GOLONGAN YG TIDAK AKAN DI SOAL OLEH MALAIKAT MUNGKAR DAN NANGKIR
Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:
“Siapakah Tuhanmu?”.
Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:
1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.
2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.
3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.
4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.
5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.
6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.
7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat

Subhanallah..alhamdulillah..walailahaillallah...allahuakbar..
emak terdiri dari golongat yg ke 7 itu..beruntung nya arwah emakk..arwah tidak akan pernah merasa siksaan kubur..dan terlepas dari disoal oleh malaikat mungkar dan nangkir..Alhamdulillah...
Aku pun berdoa padaMu Ya Allah..bila tiba masanya nanti..kau matikan la aku dgn salah satu golongan yg di atas tersebut Ya Allah..sesungguhnya aku tidak sanggup dan terlalu takut utk menghadapi siksaan kubur..nauzubillah...
Emak...ayah masih belum boleh terima sepenuhnya kehilangan emak..tapi emak jangan la risau..kami 4 beradik ni akan sentiasa menemani ayah sekerap yg kami boleh..kalau boleh kami x nak biarkan ayah sendirian termenung mengenangkan nasib yg menimpa nya..sgt berat buat ayah..akak sgt2 paham perasaan dia..setiap apa yg dia buat..mesti akan di selitkan pasal emak..sebak akak dibuatnya..tapi akak pura2 tabah depan ayah..ayah dah sedih..akak x nak bagi dia lagi sedih..kami  akan cuba ceriakan ayah ye mak..semoga emak tenang di sana..insyaallah..hari ahad ni kami akan ziarah emak..rindu rasa nya nak berbual dengan emak..




5 comments:

Niza K. said...

:'(
hugs. perginya insan yg tiada tolok bandingnya. insan yg baik budi pekerti. sayang mak jang lillahi taala. semoga dmasukkan dlm golongan solihin, ameen.

Semoga kekal tabah, akak. love all of u dunia akhirat.

Alyn Aellynn said...

Alfatihah buat arwah mak ko sya.

Hati aku bagaindi rentap bila dpt tahu pemergian arwah mak ko. Arwah mak kau, mak aku pesakit kanser. Apetah lg skrg aku perlu kuat utk mak aku yg masih dlm rwtn kimo.

Seseungguhnya Allah lebih syg kn arwah mak kau dan betapa beruntungnya arwah pergi pada ptg khamis sejurus selepas azan asar. Redhakan pemergian arwah. Sekurang2nya arwah tidak tersiksa lama dgn kesakitan yg dia tanggung.

Betapa beruntungnya kita tarpilih untuk menjaga dia ketika dalam kesakitan. Beruntungmya kita sbb di beri kesempatan untuk berbakti dan memberi perhatian kepada ibu kita hingga ke akhir hayatnya. Semoga kau dan adik beradik yg lain tabah dan dpt menjaga ayah sebagaimana kau dan adik beradik menjaga arwah sepenuh kasih syg hingga kevakhir hayat nya.

Mmg kita akan rindu momen indah. Even arwah abah aku dah meninggal 6 thn lalu, tp segala nya masih segar. Rindu sgt2!

Semoga kita diberikan kesihatan dan kekyatan untuk menjaga ibu @ ayah yg masih ada. Itu je yg kita ada skrg. Mak bapak tak ada galang ganti di dunia ni. Sobss

Alfatihah.

Take care. Hugs!

Unknown said...

Alfatihah buat Arwah mak. Semoga ditempatkan di kalangan org2 yang dikasihi Allah. Betul, mmg perit bila rasa kehilangan.InsyaAllah kalo kita redha, jiwa akan rasa tenang. Banyakkan doa tuk dia Sya..doa anak2 yg soleh akan jadi bekalan tuk de.Sori..akk tak dapat nak jengok hari tu :(

A.I said...

Semoga rohnya tenang di sana sya...amin...

nome said...

mudahnya 'perjalanan' arwah....beruntungnya arwah mak ko sya...

semoga ko dan ahli keluarga especially ayah ko redha dan sabar dengan ujian ini....

al-fatihah untuk arwah bonda ko sya